TEMUDUGA PPK U11 PADA 13/01/2019 DI HOSPITAL PERMAI,KEMPAS
Asalamualaikum dan Salam sejahtera semua.
Terima kasih pada yang sudi singgah blog yang tak seberapa ni(sebenarnya buat untuk kongsi pengalaman masa temuduga semalam je)π
Siapa yang apply jawatan PPK ni mesti tahu group jawatan ni lah yang paling kecoh dan meriah sekali. Bukan setakat meriah dekat wasap group, dekat portal SPA pun kemain lagi dia punya meriah. π Dari masa iklan kekosongan, sebelum tarikh exam , sampailah dah dapat tarikh temuduga. Masing-masing punya kecoh, taktahu nak kata tapi paling best , stay dalam wasap group Rakan Exam PPK. Rindulah lepasni kalau memasing dah dapat result.
Ok, berbalik pada cerita tadi. Pengalaman masa temuduga semalam, antara soalan yang panel penemuduga tu soal :
▪ Ceritakan latar belakang anda.
Korang boleh bagitahu nama penuh korang, umur dan tempat tinggal korang. Adik beradik berapa orang dan anak ke berapa, sekarang kerja apa (jika bekerja).
▪ Kenapa anda memilih pekerjaan PPK ini ?
▪ Apa yang anda faham secara umum tentang tugas PPK ?
▪ Kenapa kami perlu memilih anda bekerja dengan kami ?
Yang ni korang kena bagitahu apa kelebihan yang korang ada, yang ada kaitan dengan kerja PPK. Pandai-pandai korang fikir π sebab semalam KakNgohhh dah blur . Yang pastinya kelebihan diri korang yang boleh menarik perhatian diorang okay?
Disebabkan KakNgohhh dapat temuduga di Hospital Permai dan panel tu pula pernah bekerja di Hospital Permai, dia tanya macam ni :
▪ Bila nampak je Hospital Permai ni, apa yang bermain di fikiran u? Apa yang u tahu pasal hospital ni?
Haaa, kalau nak tahu bolehlah google ye. π
Ada jugak kawan-kawan lain yang dapat soalan macam ni :
▪ Siapakah penaung KKM?
Mesti tahukan siapa? Jangan taktahu pula. Penting ni.
▪ Kempen anjuran KKM
▪ Skop kerja PPK di klinik dan hospital
Lebih kurang, ni antara soalan yang diorang akan tanya. Soalan pun bergantung pada panel jugak. Kadang lain panel,lainlah soalan yang korang akan dapat. Yang penting korang fahamkan bebetul tugas PPK.
Korang yang dah lepas temuduga tu bolehlah kongsi soalan yang korang dapat masa temuduga tu.
Jika tak keberatanlah,drop je komen korang dekat bawah
Lulus atau gagal? KakNgohhh rasa gagal kot huhu sebab semalam gemuruh sangat-sangatπ£.
Apa-apa pun kita sama-sama tunggu keputusannya sebulan dari sekarang. Tarikh terakhir temuduga 25/01/2019.
Pada yang belum temuduga tu, siapkan mental korang sebaik mungkin okay? Goodluck geng π